Wartawan intern terkena badi mayat selepas buat liputan kes

SUDAH dua bulan Hazim menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat akhbar yang beribu pejabat di ibu kota.

Sebagai seorang pelajar jurusan kewartawanan, Hazim sering ditugaskan untuk membuat liputan berita di merata tempat sekitar Lembah Klang.

Dia yang meminati bidang penulisan dan sudah memasang cita-cita untuk menjadi seorang wartawan sememangnya gembira setiap kali diberikan tugasan.

Namun, panggilan yang diterima daripada editornya sebentar tadi, cukup membuatkannya tidak senang duduk.

Mana tidaknya, sepanjang dua bulan menjalani latihan praktikal, inilah liputan kes kematian pertama buatnya.

“Hazim, aku nak kau pergi buat liputan di sebuah kondominium di Ampang sekarang. Ada kes orang jatuh bangunan,” demikian arahan yang diberikan oleh editornya.

Biarpun dalam keadaan gelisah, Hazim segera bersiap-siap untuk ke tempat kejadian.

Jarak rumah sewanya dengan kondominium tersebut hanyalah sekitar 15 minit, namun dengan menunggang motosikal, Hazim tiba lebih awal beberapa minit.

Ketika dia tiba, kelihatan pihak polis dan beberapa petugas media daripada agensi yang lain sudah pun berada di lokasi kejadian.

Kelihatan dua anggota polis dari bahagian forensik sedang…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2024/02/01/wartawan-intern-terkena-badi-mayat-selepas-buat-liputan-kes-maut-jatuh-bangunan

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemuda menggigil pakcik ditemui di wad ramal tarikh, jam

Related Posts