PANGGILAN telefon memaklumkan ibu tersayang dimasukkan ke hospital membuatkan Nazira Frijand Ali bergegas pulang ke kampung untuk menjaganya.
Sejurus sampai di hospital, Nazira terus bersalam dan memeluk erat ibunya yang terlantar atas katil namun perhatiannya terganggu dengan seorang pesakit yang berada selang dua katil di bahagian depan dari tempatnya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kami yang kacau kawasan dia” – Rumah 9 bilik ada ‘penghuni asing’, gangguan bermula selepas pembeli abai pesanan owner lama
Katanya, wanita itu mula bercakap sendirian dan merengek sambil mengurut kaki sendiri yang melunjur sambil matanya memandang ke arah Nazira.
“Dia asyik cakap tiada siapa yang nak menjaganya, dia mahu balik dan mahu menjaga anaknya yang cacat.
“Cara bercakap itu seperti ingin berbual dengan saya tetapi saya hanya balas pandangannya dengan senyuman dan terus menyantuni ibu saya yang lebih perlukan perhatian,” katanya.
Keadaan yang sunyi di hospital memang menyeramkan.
Pada awalnya kata Nazira, sikap wanita berusia separuh abad itu dianggap sebagai ragam biasa di hospital namun semakin hari, sikapnya bertambah teruk.
Wanita itu akan mula bercakap sendirian dan merungut…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2021/09/09/wanita-tua-di-wad-merungut-ada-anak-cacat-perlu-dijaga-di-rumah-segala-terbongkar-selepas-waris-dedah-siapakah-makhluk-itu