INSIDEN ditegur seorang wanita ‘misteri’ di sebuah hentian Rehat dan Rawat (R&R) masih menghantui dirinya sungguhpun sudah lama berlalu.
Mengimbas kembali insiden ‘mistik’ yang berlaku tatkala masih bergelar seorang remaja, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Dee berkata, ketika itu dia bersama seorang teman pulang daripada bercuti.
“Ketika kejadian itu hujan turun renyai-renyai, tiba-tiba terasa seperti ingin ‘membuang hajat’. Teman saya memilih untuk berhenti di sebuah R&R yang paling hampir.
Dee terpaksa memberanikan diri masuk ke tandas meskipun ketakutan, sebelum dia ditegur seorang wanita. Gambar hiasan
“Malam itu kenderaan yang berhenti pun tidak banyak memandangkan lebuhraya itu masih baru. Pada ketika itu juga kelihatan hanya sebuah kereta sahaja yang berada di situ.
“Mungkin berhenti untuk ‘membuang hajat’ seperti saya juga,” demikian kongsi Dee.
Menurut Dee, sungguhpun dia takut untuk ke tandas seorang diri, namun dia menguatkan semangat kerana sudah tidak mampu menahan untuk membuang air.
ARTIKEL BERKAITAN: Buang kain putih lusuh, rupanya baju pontianak! Mengilai bila penghuni call ustaz minta tolong dari rumah sewa puaka
“Teman saya menunggu di kereta…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/08/11/wanita-misteri-ajak-berbual-dalam-tandas-tiba-tiba-ikut-sampai-ke-kereta-siap-ketuk-tingkap-hulur-barang-sambil-ketawa