Van jenazah terasa berat, pemandu beranikan diri berhenti di

SEPANJANG tujuh bulan berkhidmat sebagai pemandu van jenazah, Azri (bukan nama sebenar) yang masih hijau dalam bidang itu pernah beberapa kali berdepan gangguan mistik.

Tidak patah semangat, Azri menganggap gangguan-gangguan kecil itu sebagai lumrah biasa yang perlu dihadapinya demi mencari rezeki halal.

Pada suatu hari, Azri ditugaskan untuk menghantar mayat mangsa kemalangan dari sebuah hospital di Kuala Lumpur ke sebuah daerah di negeri Kelantan.

Selepas selesai segala prosedur, Azri yang ditemani Naim berangkat dari perkarangan hospital itu kira-kira pukul 10.30 malam.

Segalanya berjalan dengan lancar, malah trafik sepanjang lebuh raya yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Karak juga tenang sahaja.

Namun, Azri dan Naim mula berdepan gangguan apabila van dinaiki mereka memasuki kawasan Gua Musang, Kelantan sekitar pukul 1.30 pagi.

Pada waktu itu, Naim sudah terlelap, Azri pula membuka tingkap van berkenaan untuk menghisap rokok bagi menghilangkan rasa mengantuk.

Gangguan mistik biasanya kerap berlaku pada waktu malam. -Gambar hiasan

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba Azri mendengar suara garau seorang lelaki yang sedang menjerit seolah-olah meminta pertolongan.

Azri…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/10/26/van-jenazah-terasa-berat-pemandu-beranikan-diri-berhenti-di-gua-musang-tiba-tiba-ditegur-suara-garau-dari-ruang-keranda

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pocong melompat bawah pokok, ‘merayau’ depan kedai

Next Post

Jin terpikat dengan pelajar! Pertama kali ‘jumpa’ ketika

Related Posts