KERAP kali kisah seram membabitkan mainan atau anak patung dikongsikan oleh netizen di laman sosial.
Dalam satu perkongsian di laman TikTok, seorang wanita turut menceritakan kejadian aneh yang berlaku di kediamannya, yang didakwa berpunca daripada mainan patung kuda milik anaknya.
Menurut pelayar bernama Sara Saera, patung kuda berwarna kuning itu seolah-olah mempunyai ‘penunggu’ atau ‘berhantu’.
“Sebelum ini aku baca kisah orang je tapi kali ini terjadi dekat aku sendiri.
“Terlalu banyak kejadian aneh. Tak nak percaya tapi kena percaya juga sebab terlalu kerap terjadi,” tulisnya dalam video yang dikongsikan di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jadi pelawat terakhir masuk rumah Mahsuri, bunyi budak batuk dalam video jadi tanda tanya… wanita minta pengunjung jaga adab!
Cerita Sara Saera, dia pada mulanya tidak merasakan perkara yang aneh, sehinggalah beberapa kejadian aneh yang berlaku membabitkan anak dan tetamunya.
“Anak aku seolah-olah bermain dengan seseorang bila dia main dengan benda ni (kuda mainan).
“Semalam ada tetamu datang dan tidur di bahagian ruang tamu. Pagi ini dia beritahu aku, dia tak dapat tidur… dia dengar macam orang mendengus marah….
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/12/15/v-tengah-malam-patung-kuda-lompat-lompat-tepi-katil-anak-pula-buat-kawan-ibu-seram-terus-buang-di-tapak-sampah