SEORANG pengamal perubatan tradisional yang membahasakan dirinya sebagai Tok tampil berkongsi cerita mengenai arwah gurunya yang meninggal dunia, dipercayai terkena buatan orang.
Menurut Tok, arwah gurunya yang berdepan pelbagai gangguan misteri, namun tetap bertahan sehingga hayatnya berakhir pada usia genap 62 tahun.
“Dulu Tok pernah tanya arwah guru, setiap kali nak datang rumah dia, mesti ada terjumpa barang sihir, macam-macam jenis. Tok tanya arwah, Tok Ayah, saya rasa ada yang nak kenakan Tok Ayah, ada yang tak suka Tok Ayah.
Antara barang sihir yang ditemui.
“Arwah tersenyum. Katanya, selagi kita merasakan apa yang dihantar oleh mereka itu akan memudaratkan kita, maka mudaratlah pada kita. Tapi sekiranya kita yakin yang memudaratkan kita itu adalah Allah, InsyaAllah nescaya Allah lindungi kita.
“Kata Tok Ayah, dia dah lama tahu ada yang tak suka dekat dia. Ada yang cuba khianat dirinya. Memang banyak dia jumpa barang pelik-pelik, barang khurafat, dia hanya mampu senyum dan menadah tangan.
“Ya Allah jika ini adalah ujian yang kau turunkan buat aku, aku reda. Tapi sekiranya ini adalah ujian yang engkau izinkan, tapi kau tak pernah reda, kau jauhkanlah ya Allah,”…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/09/15/tok-ayah-maut-kena-ilmu-hitam-anak-murid-terkejut-kerap-jumpa-barang-sihir-tapi-arwah-pesan-berlindung-kepada-allah