“Saya berada di bandar Borneo selama satu hari sahaja kerana keesokan harinya saya ada destinasi lain yang perlu dikejar.
“Setelah mendapat bilik hotel, kumpulan kru saya seramai tujuh orang pergi ke bilik masing-masing. Kami dapat bilik seorang satu. Saya juga ada berjanji dengan Emma iaitu rakan sepenerbangan saya untuk makan malam bersama.
“Selepas makan di restoran yang terletak tidak jauh dari hotel kami, kami segera pulang ke bilik kerana ingin berehat setelah penat seharian di udara melayan bermacam ragam kerenah penumpang,” luah Fiza.
Keadaan hotel Fiza seperti ada sesuatu yang tidak kena. -Gambar hiasan
Malangnya malam tersebut menjadi satu malam yang cukup panjang untuk Fiza kerana dia ditemani ‘rakan’ dari alam ghaib.
“Saya apabila sampai di bilik terus pergi mandi dulu. Pili paip diputar dan pancuran air panas dari atas kepala menghujani saya, sangat menyegarkan. Saya mandi dalam bathtub.
“Bathtub itu dipisahkan dengan tirai shower diperbuat dari plastik yang harus ditarik bagi mengelakkan lantai di sekitar bathtub dan ruang mandi basah.
“Tengah asyik saya mandi tiba-tiba terdengar ada orang menarik tirai shower. Saya terus memulas tombol shower bagi mematikan aliran…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/03/16/tirai-mandi-ditarik-ada-bunyi-air-dibancuh-misteri-di-bilik-hotel-terjawab-wanita-bergaun-putih-akhirnya-tunjuk-diri-dalam-cermin