PELUANG berpindah ke rumah sewa baharu di pangsapuri lima tingkat di Bayan Lepas, Pulau Pinang memang menyeronokkan.
Manakan tidak, lokasinya pula terletak dekat kawasan bukit yang menghijau dan cantik.
Kata Azura, tuan rumah pun dah ubah suai kediaman menjadikan ia lebih selesa dan kelihatan luas. Masuk rumah dah boleh nampak balkoni.
Semuanya okay, cuma masalah di sini hanyalah isu tempat parkir kerana sangat terhad.
“Siapa cepat, dia dapat. Selalunya tak dapat parking la, terpaksa parking dekat tepi-tepi jalan je jawabnya,” kata Azura berkongsi cerita.
Pada suatu hari sekitar pukul 8 malam, dia tiba di kawasan perumahannya dan berlegar-legar mencari petak parkir.
Satu makhluk bertenggek di atas dahan pokok. – gambar hiasan.
Malangnya tak ada pula, nak tak nak kena letak kereta di tepi jalan.
“Dapat parking kat lorong tepi padang. Lorong tu cerah juga dengan bantuan lampu jalan. Daripada tempat saya park kereta nak ke rumah, saya perlu lalu tepi padang.
“Kat padang tu ada sebatang pokok yang besar dan rimbun. Tak tahu la pokok apa. Saspens juga nak lintas pokok tu. Macam-macam terfikir kat kepala.
“Saya huznuzon. Baru pukul 8 malam kot, tak ada apa-apa. Saya jalan…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/07/14/tiba-tiba-rasa-meremang-lalu-tepi-padang-rupanya-ada-benda-bertenggek-atas-pokok-besar