Terjaga dari tidur, doktor terkedu tengok 6 bantalnya atas

MUNGKIN kita masa kecil-kecil dulu seronok bermain bantal bersendirian di waktu malam sebelum tidur.

Tapi dalam keseronokan itu, kadang-kadang kita tidak pasti dengan siapa kita bermain ketika itu.

Kumpul bantal, susun keliling badan, lepas tu feeling macam tidur dalam sarang burung atau kolam.

“Aku suka buat macam tu masa aku umur-umur sekolah rendah. Tidur begitu, rasa macam lebih selesa dan selamat. Macam tidur dalam kubu.

“Aku suka tidur macam tu, sampailah satu hari tu…” tulis Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, berkongsi cerita zaman kanak-kanaknya.

Pada masa itu, dia bermain permainan video di bilik sehingga lewat malam.

Dia dan dua adiknya berkongsi satu bilik tidur, mula-mula menemaninya bermain sehingga mereka terlelap.

“Nama game tu ‘Battle Toad’. Game tu agak kelakar, tapi entah kenapa tengah main tu, rasa tak sedap hati. Timbul rasa seram, bulu roma aku tiba-tiba berdiri.

“Ketika tu, lampu bilik memang dah tutup, tapi lampu bilik air menyala dan pintu bilik air terbuka. Bilik tidur hanya diterangi lampu bilik air, kelihatan samar-samar,” ujar Dr Kamarul.

Kesemua bantal di dalam bilik dikumpulnya sebelum menyusun di sekelilingnya. -Gambar hiasan

Perasaan…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/07/07/terjaga-dari-tidur-doktor-terkedu-tengok-6-bantalnya-atas-katil-terpacak-di-lantai-bergerak-gerak-dan-mengekek

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiba-tiba rasa meremang lalu tepi padang… Rupanya ada

Next Post

Akibat tak mahu bersalaman dengan bukan mahram, wanita ini

Related Posts