AIR mata sudah kering, pelbagai usaha dilakukan namun keadaannya tetap sama.
Pada usia 18 tahun, Hayani tiba-tiba lumpuh separuh badan. Hendak kata terkena serangan angin ahmar pun tidak, penyakit lain juga tiada. Doktor juga buntu dengan apa yang berlaku kepadanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri meracau ketika berpantang, bayi kejap menangis kejap senyum rumah pula bau hanyir… Rupa-rupanya si bapa punya angkara
Semuanya berlaku secara tiba-tiba ketika Hayani dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki basikal bersama rakan-rakannya.
Sampai di hujung simpang taman perumahan, mereka berpecah dan Hayani mengayuh basikalnya seperti biasa sebelum sebuah kereta tiba-tiba muncul dan dia segera menarik brek tangan.
Tetapi jari tangan sebelah kanannya seperti kebas, tidak mampu bergerak. Mujur Hayani cepat turunkan badan untuk memberhentikan basikal menggunakan kaki.
Siapa sangka badan menjadi lumpuh disebabkan kehadiran makhluk halus yang ‘menumpang’.
“Saya pelik kenapa tangan tiba-tiba menjadi kebas, tapi saya teruskan juga mengayuh basikal ke rumah sebelum kaki sebelah kanan pula tak boleh bergerak.
“Ia seolah-olah badan tidak memberi respon dengan arahan otak. Saya sudah berasa…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2021/09/30/tengah-kayuh-basikal-tiba-tiba-lumpuh-separuh-badan-doktor-pun-tak-tahu-sakit-apa-segalanya-terbongkar-pada-suatu-malam-adik-lelaki-alami-histeria