SELEPAS kira-kira 20 minit berehat sambil membelek media sosial di telefon bimbitnya, Hanafi mematikan pendingin hawa dan enjin keretanya.
Terasa berat untuk melangkah masuk ke dalam rumah biarpun waktu Maghrib sudah berada di hujung-hujung.
Entah kenapa sejak kebelakangan ini, Hanafi merasakan dia seperti tidak betah berada di rumah.
Suara riuh dua anaknya yang berusia tujuh dan tiga tahun seperti membuatkan dia tertekan.
Kalau lantai ruang tamu penuh dengan mainan yang berterabur, mulalah wajahnya menyinga dan mangsanya, tidak lain tidak bukan adalah isterinya, Wana.
Dijerkah Wana kerana tidak mengemas dan melayan kedua-dua anak mereka sehingga bingit telinganya mendengar pergaduhan kecil berebut mainan dan sebagainya.
Wana hanya diam apabila dijerkah biarpun hatinya tersentap, namun dia memujuk hati dan menyangka berkemungkinan Hanafi terbawa-bawa kerana stres dengan kesibukan kerja sebagai jurutera.
Bukan sahaja pulang ke rumah lewat daripada biasa, Wana perasan suaminya sudah mula meringankan solat, selain suka menghabiskan masa di bilik bacaan sehingga tertidur, kononnya menyiapkan kerja.
“Abang, bangun… dah pukul 6 pagi. Wana rindulah nak berjemaah sama-sama….
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/09/21/suami-tak-selera-tengok-isteri-kusut-badan-berbau-tok-imam-syak-buatan-orang—kalau-aktif-main-media-sosial-kurangkan