SIANG tapi seram!
Walaupun soket sudah dicabut, tetapi sebuah kipas bergerak sendiri.
Kipasnya masih lagi berputar seperti dihidupkan suisnya dan berpusing sebelum berhenti tepat menghadap seorang wanita yang merakamkan kejadian aneh itu.
Menerusi satu rakaman video yang tular, orang ramai boleh melihat soket yang tidak dipasang dililit pada kipas tersebut.
Bercerita kepada mStar, wanita bernama Arina Yasmin Hassan berkata, kejadian tersebut berlaku pada waktu pagi di rumah sewa lamanya di Kajang, Selangor.
Menurutnya, rakaman tersebut dibuat ketika dia sedang sarat hamil lapan bulan anak kedua pada tahun lalu ketika mahu berpindah keluar dari rumah sewa tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Rumah hujung jalan ada ‘penunggu’, 4 bulan penyewa hidup dengan jin… Akhirnya pemuda ini mengalah, entiti tunjukkan diri!
“Saya dan suami serta seorang anak lelaki masa tu baru berusia satu setengah tahun baru je berpindah ke rumah sewa tu di sebuah apartment lama di Kajang.
“Tapi kami hanya bertahan tinggal selama dua bulan je sebelum bertindak keluar dari rumah tu dan tinggal sementara di rumah kakak di Semenyih,” katanya ketika dihubungi mStar.
Keadaan rumah sewa yang didiami…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/07/20/seram-kipas-bergerak-sendiri-suami-isteri-nekad-keluar-rumah-sewa-selepas-kisah-mainan-di-bilik-belakang-patung-anjing-kekal-misteri