Si bongsu hilang 11 hari, sesat masuk kampung bunian… Ibu

KISAH mengenai alam bunian masih lagi misteri dan kekal menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

Ada yang tidak percaya akan kewujudan alam itu, namun bagi Siti Maizura, 28, dia yakin ia benar-benar wujud kerana adiknya sendiri pernah disorok bunian.

Dakwa wanita yang senang disapa Zura itu, adiknya iaitu Wan Amiruddin, 17, pernah hilang disorok bunian selama 11 hari di kampung mereka yang terletak di Tumpat, Kelantan, tiga tahun lalu.

“Walaupun dah lama berlaku, kejadian ini segar dalam ingatan. Saya masih ingat, malam kejadian tu kami sekeluarga ada di rumah. Mak nak masak makan malam, tapi bahan tak cukup.

Amir tidak pulang ke rumah selepas keluar ke kedai runcit untuk membeli telur. (Gambar Hiasan)

“Macam biasa, mak minta Amir (adik bongsu) untuk ke kedai runcit dalam kampung kami. Amir sempat merungut kerana diganggu sedang tengok TV, tapi dia akur permintaan mak untuk beli telur.

“Saya dengar Amir hidupkan enjin motor. Masa tu dalam 7.30 malam. Tapi sampai jam 9 dia tak balik-balik. Mak dah bising, pada masa sama mula risau sebab dia tak jawab panggilan,” imbasnya yang senang disapa Zura.

ARTIKEL BERKAITAN: Korek kubur tengah malam, tegakkan mayat demi minyak…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/01/26/si-bongsu-hilang-11-hari-sesat-masuk-kampung-bunian-ibu-menyesal-tak-sudah-suruh-beli-telur-waktu-maghrib

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Korek kubur tengah malam, tegakkan mayat demi minyak dagu!

Next Post

Kencing tepi semak, rider pecut motor tak ingat dunia

Related Posts