Seram didatangi gadis muka buruk, guna phone Nokia! Sedih

SUDAH menjadi kebiasaan bagi seorang pengusaha kedai cetak (printing) di sebuah bangunan arked Mara ini bekerja sehingga lewat malam sendirian.

Menurut Azrul (bukan nama sebenar), dia lebih suka ‘memerah’ otak menghasilkan rekaan baharu atau menyiapkan tempahan pelanggan pada waktu malam.

Rutin pulang lewat malam ini sudah biasa dilakukan sejak tiga tahun menyewa di sebuah premis di bangunan tersebut.

Malah, lokasi kedainya yang strategik menghadap jalan raya membuatkan Azrul selesa dengan suasana sunyi sepi pada waktu malam.

Namun, kejadian diganggu oleh ‘seorang gadis’ membuatkan pemuda ini serik dan tidak lagi meneruskan rutin sama.

Mengimbas apa yang berlaku, pada malam kejadian mata Azrul hanya tertumpu pada skrin komputer menyiapkan kerjanya.

Individu yang bekerja syif malam atau sehingga lewat malam sering berdepan gangguan. -Gambar hiasan

Sewaktu leka menghadap komputer, kedainya dikunjungi oleh seorang gadis yang memakai pakaian lusuh dan berseluar panjang.

Sejurus masuk ke dalam kedai, dia hanya duduk di kerusi plastik yang disediakan untuk pelanggan di tepi pintu dan tidak berkata apa-apa.

Azrul mengalihkan pandangan ke arah wanita itu dan cuba melihat…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/11/09/seram-didatangi-gadis-muka-buruk-guna-phone-nokia-sedih-dapat-tahu-kisahnya-roh-tak-tenang-selepas-kemalangan

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jin terpikat dengan pelajar! Pertama kali ‘jumpa’ ketika

Next Post

Pemuda ditarik penunggu pokok buluh ketika joging waktu

Related Posts