KELIBAT ibu sudah terpacak di pintu rumah ketika Ben sampai selepas hampir lima jam memandu dari Kuala Lumpur ke kampung halamannya di Kota Tinggi, Johor.
Ketika bersalaman dengan ibunya, Ben ternampak kesan merah dan lebam pada pergelangan tangan emak seperti bekas disengat binatang berbisa.
ARTIKEL BERKAITAN: Meremang! Ada masa anak menangis, kadang tersenyum pandang anak patung… si ibu pernah alami hijab terbuka dapat jawapan selepas rasa sesuatu tak kena
“Saya fikir tangan mak digigit lipan tapi katanya bukan, lebih pelik apabila mak beritahu bukan dia seorang yang mengalami perkara itu sebaliknya semua orang dalam rumah turut mengalami perkara sama.
“Kata mak, paha ayah menjadi lebam manakala adik-beradik lain pun mengalami perkara sama. Ada lebam di lengan, leher dan dada,” katanya.
Cerita Ben, ibunya memberitahu semua ahli keluarga mengalami perkara sama dalam satu hari yang sama, cuma bahagian kesan kemerahan dan lebam berbeza.
Tindakan Ben mengalihkan tilam di rumah bapa saudaranya telah menyebabkan pelbagai gangguan.
Jenuh Ben berfikir punca kesan lebam itu namun tiada satu pun perkara logik yang mampu difikirkannya melainkan ada perkara misteri berlaku kepada…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2021/10/28/sekeluarga-badan-lebam-lebam-ditindih-makhluk-berbulu-ibu-syak-ada-kaitan-tilam-arwah-pak-teh-ustaz-dedah–pendendam-jadi-punca