TAK senang hati Rahayu mendengar perkhabaran anak saudara kesayangannya sudah beberapa hari mengadu sakit seperti ada sesuatu mengepit belakang badannya.
Sudah pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan rasa sakit itu tetapi semuanya tidak berhasil hingga menyebabkan dia merasakan ada sesuatu tidak kena dengan kanak-kanak lelaki itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Padah bertenggek di pintu gerabak kereta api di tengah malam, pemuda seram sejuk nampak kelibat makhluk berwajah buruk dalam semak… tiba-tiba ia ada di tingkap!
Rahayu cuba meneliti gambar belakang badan Rayyan, 10, yang dihantar kakaknya dengan harapan dapat mengesan sesuatu tetapi gagal, cuma dia merasai tenaga yang cukup kuat ketika menatap foto itu.
“Saya sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan hanya melihat gambarnya, ‘tenaga’ pada foto itu luar biasa, perlu berdepan denga gangguan bukan perkara main-main,” katanya.
Resah mengenangkan anak saudaranya itu, Rahayu bergegas ke rumah kakaknya untuk memeriksa sendiri bahagian yang dikatakan sakit sebelum meletakkan tapak tangannya ke badan kanak-kanak tersebut.
“Dengan bacaan Bismillah, saya mula berdoa memohon Allah merungkai jawapan dan seperti biasa tangan saya bagaikan…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/01/27/sakit-belakang-dialami-budak-10-tahun-ini-bukan-biasa-biasa-cubaan-berubat-punca-rayyan-berubah-kata-ustaz-ada-yang-039menumpang039-kerana-dendam