Puas cari, wanita pelik entah dari mana jeritan si bulus…

JAUH Rozita mengelamun sementara menunggu solat Isyak, malah telekung yang dipakai ketika sembahyang Maghrib tadi masih belum dilepaskan.

Tetapi lamunannya terganggu apabila terdengar jeritan anak kucing daripada luar rumah yang membuatkan Rozita tercari-cari arah suara si bulus itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini orang atau apa sebenarnya?” – Pemuda terkejut ada kelibat dalam gambar pegang tangan kekasih di kebun getah

Rasa kasihan mula terbit dalam dirinya apatah lagi ketika itu hujan sedang turun dan fikirnya mungkin anak kucing itu bersendirian dan terpisah daripada ibunya.

“Saya capai lampu suluh dan keluar mencari anak kucing itu… Dengar ia menjerit dari dalam parit seberang rumah dan saya suluh ke arah bunyi jeritannya.

“Tetapi yang peliknya, apabila saya suluh lampu ke arah suara yang kedengaran, tidak pula kucing itu menjerit dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk masuk ke rumah memandangkan sedang hujan,” katanya.

Bagaimanapun kata Rozita, ketika dia berpusing untuk berjalan ke rumah, dia terdengar suara jeritan anak kucing itu lagi dan bunyi itu betul-betul dalam parit di tepi rumahnya.

Jenuh rozita mencari arah jeritan anak kucing tetapi tidak menemuinya….

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2021/12/23/puas-cari-wanita-pelik-entah-dari-mana-jeritan-si-bulus-tiba-tiba-bau-busuk-pula-dalam-bilik-mungkinkah-sebab-gangguan-waktu-senja

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

“Ini orang atau apa sebenarnya?” – Pemuda terkejut ada

Next Post

Hilang ingatan akibat kemalangan, lelaki nampak lembaga

Related Posts