Pocong melompat bawah pokok, ‘merayau’ depan kedai

MENJADI rutin biasa sejak 30 tahun lalu, Cik Ani (bukan nama sebenar) akan membuka kedai makan miliknya seawal pukul 6 pagi setiap hari.

Meskipun usia sudah mencecah 55 tahun, Cik Ani masih gagah berniaga aneka menu sarapan di kedainya yang terletak di sebuah negeri di Pantai Timur.

Seperti kebiasaan, Cik Ani yang ditemani anak dara tuanya, Maslina, akan berangkat ke kedai itu seawal pukul 5 pagi untuk membuat persiapan.

Pada suatu pagi yang hening, dua beranak itu leka membuat persiapan sebelum kedai dibuka, namun angin begitu kuat menerpa sehingga tingkap kedai terbuka dan tertutup beberapa kali.

Maslina ketika itu leka memotong timun untuk dibuat acar nasi dagang manakala Cik Ani sedang menyusun bekas-bekas lauk di kaunter kedainya.

Aneka kuih yang boleh didapati di kedai-kedai Melayu ketika sarapan. -Gambar hiasan

“Sejuknya pagi ni, menggigil mak rasa. Angin kuat daripada tadi lagi. Nak hujan gamaknya,” ujar Cik Ani kepada Maslina.

Tidak lama selepas itu, Cik Ani keluar dari kedainya untuk mengambil beberapa barang lagi yang masih belum dikeluarkan daripada kereta.

Dalam samar kegelapan, langkah Cik Ani terhenti apabila dia terdengar bunyi seperti binatang yang…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/10/19/pocong-melompat-bawah-pokok-merayau-depan-kedai-makan-peniaga-warga-emas-menggigil-disergah-lepas-subuh

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Guru sakit teruk, hilang semangat mengajar rupanya disihir!

Next Post

Van jenazah terasa berat, pemandu beranikan diri berhenti di

Related Posts