SEPANJANG 10 tahun Zaharah bekerja di sebuah pusat jagaan harian dan rawatan untuk pesakit yang mengalami penyakit kronik, dia tidak pernah mengalami sebarang kejadian seram dan menakutkan.
Bukan tidak pernah mendengar cerita tentang gangguan diterima rakan sekerjanya tetapi Zaharah memberitahu dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut kerana ia boleh menjejaskan prestasi kerjanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Duit anak hilang, barang kemas ibu pula lesap… Penghuni rumah terkejut muncul kelibat ‘budak kecil’
Zaharah sentiasa menyematkan di dalam hati kerjanya adalah satu ibadah dan sentiasa berserah dan bertawakal kepada Allah sekiranya dia diganggu perkara-perkara ghaib.
Sejak bekerja di situ, sudah banyak kematian yang disaksikan Zaharah dan selepas 10 tahun ia sudah menjadi perkara biasa buat dirinya.
Tetapi tidak pada malam itu – dia yang diminta bertugas dua syif selama 18 jam, bertukar menjadi pengalaman ngeri buatnya.
Pesakit memberitahu ada mayat di bawah katilnya. – Gambar Sekadar Hiasan
Sejurus selepas menyelesaikan syif pertama, Zaharah mendapat rehat selama 90 minit dan mengambil keputusan untuk tidur di bilik rehat yang kebetulan terletak di laluan ke…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2021/03/18/pesakit-menjerit-ada-mayat-dalam-bilik-jururawat-terkejut-makhluk-jelmaan-bekas-pesakit-sejak-11-tahun-lalu