NAMPAKNYA tiada harapan nak balik kerja pukul 6 petang.
Dr Azman yang bertugas di Jabatan Kecemasan terpaksa berada lebih lama di hospital untuk merawat seorang pesakit.
Dalam kejadian pada tahun 2019 itu, Dr Azman menunggu sehingga ke pukul 7.30 petang untuk merawat seorang pesakit yang dibawa masuk ke zon kuning.
Pesakit itu terpaksa diikat kerana dia meronta-ronta dan berkelakuan ganas, malah Dr Azman turut mengarahkan jururawat untuk menyuntik ubat penenang.
Difahamkan, pesakit yang agresif itu ditangkap oleh orang ramai di tengah lebuh raya selepas meletakkan kenderaan di tepi jalan.
Pesakit alami gangguan selepas masuk ke kawasan hutan.
Sejujurnya, ini kali pertama Dr Azman berdepan kejadian seperti ini. Selepas keadaan agak tenang, dia mula bertanya kepada pesakit mengenai apa yang berlaku.
Pesakit itu sebenarnya baru pulang dari jungle trekking bersama kawan-kawan, namun dia memandu sendirian ke lokasi itu.
Semasa dalam perjalanan meredah hutan, dia lalui sebuah perkampungan dan dia bertindak seperti biasa, tidak menganggu sesiapa.
Dia bagaimanapun berasa seperti ada seorang budak mengikutnya sepanjang perjalanan sejak melewati perkampungan itu.
Selepas…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/09/29/pesakit-mengamuk-di-wad-dedah-di-bahunya-ada-budak-bertenggek-tak-lama-kemudian-beritahu-dia-nak-ikut-doktor-balik