KEMALANGAN yang berlaku pada 23 Disember 2021 membuatkan pemuda dikenali sebagai Nas koma selama tiga hari dan ditempatkan di unit dependensi tinggi (HDU) di sebuah hospital di Selangor.
Dalam tempoh tersebut, adakalanya dia separuh sedar dan ketika itulah pelbagai kejadian pelik berlaku.
“Masa ni aku tahu aku kemalangan tapi tidak jangka akan lumpuh separuh badan daripada pusat ke bawah dan yang aku ingat hanya tak boleh nak gerakan badan melainkan mata,” ujarnya.
Disebabkan berada dalam keadaan terlentang, pandangan matanya hanya terarah pada siling dan lampu yang betul-betul berada di atasnya.
Dengan badan yang sakit, kudrat untuk bergerak seolah-olah sudah tiada.
Keadaan pesakit di dalam wad. -Gambar hiasan
Semasa tersedar dan ingin memanggil orang kerana badan terlampau sakit, mata Nas tiba-tiba terpandang sesuatu pada siling.
“Muka besar yang sangat jelas sambil memandang dengan garang. Ia perlahan-lahan turun dari siling dengan posisi terapung tapi meniarap menghadap aku.
“Semakin rapat ke muka aku, wajah dia ada bermacam jenis. Muka hitam berdarah-darah macam lepas kemalangan, tenung aku dengan mata merah tak berkedip.
“Mata kiri bulat merah menyala…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/07/16/pesakit-lumpuh-nampak-benda-pelbagai-wajah-turun-dari-siling-hospital-dengar-suara-menjerit-ketika-jururawat-urus-jenazah-katil-sebelah