APABILA kita bercakap tentang merancang percutian romantis semestinya kita akan mengejar destinasi yang indah dan dipenuhi aktiviti intim.
Bagaimanapun, disebabkan ‘mitos’ yang menjadi perbualan ramai ini, ada pasangan yang telah membatalkan rancang percutian mereka, sekali gus menolak keindahan sebenar pulau itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Tapak kaki anda mendatar atau melengkung? Ketahui punca dan kesan flat fleet kepada penghidapnya
Pernahkah anda mendengar cerita tentang sumpahan perpisahan Bali itu?
Bali memang telah lama dikenali dengan “map of love” atas sebab banyak perkara.
Apabila mendengar tentang ‘sumpahan’ ini, sesetengah pasangan hanya menutup mata manakala ada yang lebih berhati-hati ingin membongkar mitos bandar.
Kepercayaan terhadap sumpahan dimaksudkan adalah pasangan yang belum berkahwin yang melancong ke Bali ditakdirkan untuk berpisah enam bulan selepas pulang lawatan mereka dari pulau itu.
Menurut cerita kuno, seorang putera dan puteri dari kasta Brahman, peringkat tertinggi lapisan sosial Hindu, melawat Bali dan menghabiskan masa di Kuil Tanah Lot yang legenda.
Bermesra antara satu sama lain sehingga matahari terbenam bersaksikan pantai pasir hitam,…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2021/11/18/percutian-pasangan-kekasih-bertukar-mimpi-ngeri-akibat-perbuatan-terkutuk-benarkah-sumpahan-bali-target-hubungan-terlarang