GARA-gara bapa angkat ‘menjual’ anak perempuannya kepada jin untuk dijadikan santapan, sebuah pangsapuri di Shah Alam Selangor diganggu makhluk halus bermula awal September lalu.
Menurut Rambo, kejadian seram yang membelenggu kawasan perumahan khususnya di rumah yang didiami bersama keluarganya, bermula apabila dia bersama seorang rakan cuba membantu gadis berusia 20 tahun yang menjadi mangsa perjanjian ayah angkat dengan jin.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini buat pengakuan bebas keluar masuk alam bunian, siap ada keluarga angkat! Ustaz pesan hati-hati guna ‘kelebihan’
Mengakui kawasan perumahan tersebut sememangnya mempunyai ‘penunggu’, tetapi ia tidaklah mengganggu seperti apa yang berlaku pada masa kini.
Katanya, apa yang dialami sekarang amat mengejutkan kerana jiran yang berada di aras dua unitnya menegur tentang bunyi bising pergerakan perabot, didakwa dari rumahnya.
“Mula-mula pindah tu memang dah ada ‘benda’ tu, tapi saya malas ambil peduli… lagipun dia tidak mengganggu sesiapa.
“Tapi apa yang berlaku di rumah saya sehinggakan jiran ‘bising’ dalam grup WhatsApp membuatkan saya tidak boleh berdiam diri.
Penampakan lembaga putih di dalam rumah Rambo.
“Dia…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/11/08/perabot-bergerak-sendiri-selepas-pemuda-tolong-gadis-dirasuk-jiran-merungut-bising-tunjuk-rakaman-cctv-tak-berani-buka-pula