Penjaga loji cabut lari nampak 5 ekor ular ‘berbaris’,

RAMAI individu yang bekerja syif malam pernah mengalami gangguan misteri.

Tidak terkecuali, penjaga loji di Johor ini yang berkongsi pengalamannya berdepan gangguan misteri ketika bekerja.

“Saya nak berkongsi sebuah kisah semasa saya menjaga sebuah loji di Johor Bahru. Loji air ini terletak di kawasan yang dikelilingi hutan. Jarak loji dengan kawasan perumahan lebih kurang 5 kilometer (km).

“Saya biasa kerja ke loji dengan menaiki motosikal. Loji air tempat saya bekerja ni ada dua syif iaitu 7 pagi hingga 7 malam dan 7 malam hingga 7 pagi. Petugas yang menjaga loji air ini cuma dua orang, seorang senior berbangsa India dan saya.

“Biasanya dalam seminggu, saya akan bertugas di syif 7 malam hingga 7 pagi selama tiga hari, senior saya juga tiga hari, manakala untuk sisa satu hari lagi kami bertugas berdua hanya sehingga jam 7 malam sahaja.

Selain syif kerja pada waktu siang, penjaga loji itu juga perlu bertugas pada waktu malam. -Gambar hiasan

“Tugas saya adalah merekod bacaan pam air dan bacaan log untuk tangki air, sekali gus membuat rondaan clocking sekitar kawasan loji. Setiap dua jam saya akan membuat rondaan, manakala untuk log bacaan air pula setiap sejam,” ujarnya…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/09/22/penjaga-loji-cabut-lari-nampak-5-ekor-ular-berbaris-tak-sempat-bertenang-diganggu-pula-3-susuk-tubuh-tanpa-wajah

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mengejutkan minyak pengasih laris di Facebook! Ramai guna

Next Post

Pesakit mengamuk di wad dedah di bahunya ada budak

Related Posts