HARI itu terasa sangat pelik, perasaan melihat pekerja kurier penghantaran datang ke rumah tidak seperti kebiasaan.
Kali ini perasaan tanda tanya menebal dalam hati.
“Kenapa ada dua bungkusan?” gumam Syafiqah dalam hati selepas melihat parcel yang ditinggalkan pihak kurier pagi itu.
Barang yang ditempah secara online bukanlah banyak dan besar.
Enggan terus berfikir panjang, wanita berusia 25 tahun yang mesra dipanggil Sya terus membuka kedua-dua bungkusan berkenaan.
Bungkusan pertama adalah barang yang dipesannya beberapa hari lalu dan sama seperti nombor tracking yang diberikan penjual.
ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni asrama histeria, pocong ikut solat Maghrib! Pelajar menjerit, menggelupur tengok wajah hitam berbungkus
ARTIKEL BERKAITAN: Entiti bayi merangkak, kelibat hitam dirakam CCTV! Bukan disihir tapi premis jadi ‘laluan’ makhluk halus
Namun bungkusan kedua kelihatan sangat aneh kerana hanya nama dan alamatnya sahaja tertera manakala ruangan alamat pengirim kosong berbeza daripada kebiasaan ketika membeli barang secara atas talian.
Pun begitu, Sya tetap membuka kerana ingin mengetahui isi kandungan di dalamnya.
Sejurus dibuka, alangkah terkejutnya dia…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/11/17/peniaga-terima-parcel-berdarah-bunjut-kuning-mula-episod-diganggu-haiwan-berbisa-pakcik-jubah-putih-pula-muncul-tiba-tiba