Pemuda menggigil pakcik ditemui di wad ramal tarikh, jam

SUDAH dua hari Umar menemani bapanya di wad.

Bapa Umar, Haji Tamim dimasukkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas ketika sedang menebas semak samun di kebun buah-buahan mereka.

Sebagai anak sulung dan menetap pula bersama ibu bapanya di kampung, Umar mengambil peranan menjaga bapanya yang menurut doktor, perlu dipantau beberapa hari lagi.

Dua adik perempuannya pula masing-masing menetap di kolej dan asrama sekolah.

Setiap hari selepas menyelesaikan kerjanya di bengkel, Umar pasti akan bergegas ke hospital untuk menemani bapanya sambil membawa makanan.

“Ayah, pakcik yang dekat katil depan tu sakit apa?” Umar bertanya kepada bapanya dalam nada perlahan, bimbang didengari orang lain.

“Kalau tak silap, sakit asma. Umurnya pun nak masuk 70 tahun dah,” jawab Haji Tamim.

Umar sebenarnya berasa kasihan dan sayu setiap kali melihat keadaan pesakit di hadapan katil bapanya itu.

Sepanjang menemani bapanya di hospital, belum pernah sekali pun Umar melihat waris atau sesiapa yang datang menziarahi lelaki tua tersebut.

Namun sepanjang masa, tasbih tidak pernah lekang daripada jarinya.

Sesekali lelaki tua itu bersembang dengan pesakit bersebelahannya, jururawat ataupun doktor…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2024/01/25/pemuda-menggigil-pakcik-ditemui-di-wad-ramal-tarikh-jam-kematian-dengan-tepat-hadiahkan-kitab-sebelum-pergi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Cinta cikgu janda tak dibalas, ‘effort’ beri bekal

Related Posts