SEBAGAI isteri kepada anggota polis, Nor Amira berkata dia sudah terbiasa ditinggalkan bersendirian di rumah pada waktu malam.
Apabila suaminya keluar bertugas, dia biasanya akan menonton filem menerusi aplikasi Netflix di rumah bagi menghilangkan kebosanan.
Sesekali, dia juga akan mengajak adik-adiknya datang menemani kerana keluarganya tinggal berdekatan, dalam daerah sama di Dungun, Terengganu.
Sepanjang dua bulan bergelar isteri, Amira berkata dia tidak pernah berdepan kejadian aneh ketika bersendirian di rumah sehinggalah berlaku satu kejadian sekitar November tahun lalu.
“Kalau suami keluar bekerja, saya memang duduk di rumah saja. Kadang-kadang ajak adik-adik datang kalau hari cuti. Tapi ada satu kejadian tahun lepas, saya tak sedar yang suami dah keluar bekerja.
Amira biasanya akan menonton filem setiap kali suaminya bekerja pada waktu malam.
“Saya ingat dia tak kerja. Selepas mengemas di dapur, saya nampak suami dah berdengkur, tidur berbungkus dalam selimut. Dia memang suka tidur macam tu. Saya malas nak kacau, saya keluar main fon kat ruang tamu.
“Dalam jam 12.30 malam, saya tutup lampu dan masuk tidur. Dalam keadaan gelap, saya baring dan masuk dalam…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/01/23/pelan-pelan-masuk-selimut-peluk-suami-isteri-polis-terlopong-dapat-tahu-rupanya-hubby-kerja-malam-siapa-atas-katil