ANAK patung sering menjadi pilihan ibu bapa untuk dijadikan mainan dalam merangsang minda anak-anak selain ada yang hanya dibuat hiasan kerana kecomelannya.
Namun di sebalik kecomelan itu, banyak juga kisah-kisah misteri menghantui orang ramai dapat kita saksikan di media sosial.
Terpalit dengan perkara sama, Sharil dan keluarganya diganggu unsur mistik daripada patung tidak bertuan yang dijumpai di rumah pusaka peninggalan arwah neneknya.
Kisahnya bermula sewaktu dia pulang ke kampung setelah seminggu neneknya meninggal dunia.
Suasana rumah arwah nenek Sharil.
“Rumah nenek ni jadi tempat persinggahan kalau anak dan cucu-cucu balik kampung. Selepas seminggu nenek dah tak ada, kami sekeluarga balik kampung. Masa tu memang ramai saudara mara ada.
“Ada satu bilik tu banyak lagi barang-barang tak dikemas termasuklah patung tu. Saya pun tidurlah dalam bilik tu. Masa tidur tu saya mula mimpi yang bukan-bukan.
“Patung tu ada kacau-kacau saya dalam mimpi. Apabila tersedar, saya perasan ia sedang pandang saya tengah tidur. Dia macam bergerak… tapi saya endahkan dan anggap semua tu khayalan saja,” ujarnya.
Gara-gara takut kejadian sama berulang, Sharil mengamalkan petua…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/06/08/patung-beruang-muncul-semula-selepas-6-tahun-ditimbus-balik-rumah-nenek-ustaz-pesan-jangan-bakar—jin-makin-kuat-dengan-api