Padah tak hirau sejarah hutan lipur! 2 sahabat diganggu,

UDARA yang segar, pohon yang rendang dan bunyi deruan air sungai dari kejauhan sungguh menenangkan fikiran yang berserabut.

Itulah kedamaian yang didambakan Aiman selepas hampir dua minggu memerah otak menjawab peperiksaan akhir untuk semester pengajiannya di sebuah universiti awam.

“Ahhh,” Aiman meregangkan badan sejurus menjejakkan kaki di sebuah hutan lipur yang baru dibuka, terletak di pinggir ibu kota.

Turut menemani pemuda berusia 24 tahun itu adalah sahabat karib merangkap rakan sekelas, Reza.

“Tak ramai orang eh, padahal hari minggu ni. Mungkin sebab jalan masuk ke sini agak jauh ke dalam dan berliku kot.

Keheningan alam semula jadi boleh menjadi terapi. -Gambar hiasan

“Kalau macam ni rupanya, betul la apa yang video tu cakap, ini port healing paling eksklusif dekat tengah bandar. Mujur kita sampai sini sebelum betul-betul viral, lagi sebulan tempat ni mesti havoc,” Aiman berborak bagi memecah kesunyian.

Reza pula masih sibuk menguruskan barang-barang perkelahan yang dibawa mereka.

“Eh banyak borak la. Kau tu dah la biar aku seorang je drive dari hostel sampai ke sini, lepas tu sedap je tidur sepanjang perjalanan. Aku tahu balik nanti kau yang drive.

“Dah,…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2024/02/08/padah-tak-hirau-sejarah-hutan-lipur-2-sahabat-diganggu-cabut-lari-selepas-berkhemah-di-port-cantik-tepi-sungai

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Wartawan intern terkena badi mayat selepas buat liputan kes

Related Posts