Otak mat rempit berkecai rempuh belakang lori, sepupu

PERISTIWA yang berlaku 10 tahun lalu masih segar dalam ingatan Fadzli, sehingga membuatkan dia lebih berhati-hati setiap kali menziarah orang meninggal dunia.

Sekitar awal 2013, sepupu Fadzli iaitu Ayen maut dalam kemalangan di Kuantan, Pahang selepas motosikal dinaikinya merempuh belakang sebuah lori.

Arwah Ayen yang bekerja sebagai mekanik memang gemar berlumba motor, malah seluruh ahli keluarga juga sudah penat menasihatinya agar menjauhi aktiviti rempit.

Malang tidak berbau, Ayen yang berusia 23 tahun maut di tempat kejadian, malah separuh kakinya hancur akibat digilis tayar lori dalam rempuhan ngeri itu.

Sejurus mendengar khabar duka itu, Fadzli bersama ahli keluarga yang lain terus bergegas ke lokasi kejadian sebelum mayat Ayen dibawa ke sebuah hospital berdekatan untuk diuruskan.

Golongan mat rempit kurang disenangi oleh masyarakat negara ini.

Imbas Fadzli, kisah kematian tragis itu turut bertukar ngeri apabila adiknya, Shafiq meracau selepas mereka melihat jenazah Ayen sebelum dikebumikan.

“Adik saya, Shafiq, ketika itu berusia 16 tahun. Sebahagian ahli keluarga termasuk Shafiq sempat menatap wajah Ayen buat kali terakhir sebelum dikebumikan. Muka arwah nampak…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/10/05/otak-mat-rempit-berkecai-rempuh-belakang-lori-sepupu-meracau-awal-pagi-selepas-balik-tengok-jenazah

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Suami tak ‘selera’ tengok isteri kusut, badan berbau…

Next Post

Baju nikah, rumah penuh calitan minyak dagu! Wanita derita

Related Posts