JAM baharu menunjukkan pukul 7 pagi tetapi Asri sudah pulang ke rumah dari kebun getah. Wajahnya pucat dan badannya menggeletar. Sepatutnya pada waktu itu, penoreh getah giat menoreh kerana susu getah akan keluar dengan di awal pagi.
Ketika sampai di rumah, pertanyaan isterinya juga dibalas sepi dan Asri terus berselubung di dalam selimut dengan pakaian menorehnya yang berbau busuk dan badan berpeluh.
ARTIKEL BERKAITAN: Siapa pernah lalu jalan Muadzam Shah – Chini? Pemuda ini nyaris kemalangan selepas memintas wanita tidak berwajah pada 1 pagi
“Tiga hari saya demam panas dan menggeletar seluruh badan… Belum pernah seumur hidup saya rasa demam seperti ini sampai tidak dapat berkata apa-apa.
“Pertanyaan isteri langsung tidak saya jawab, seolah-olah mulut saya terkunci tentang apa yang berlaku kepada saya,” katanya.
Mengimbau kejadian menimpanya dua tahun lalu, Asri memberitahu kisahnya bermula apabila dia baharu sahaja berpindah ke Felda Jelai di Gemas, Negeri Sembilan dan mendapat pekerjaan sebagai penoreh di sebuah kebun getah. Kebun itu berkeluasan 10 ekar milik salah seorang penduduk di felda itu.
Kebiasaannya, Asri akan keluar menoreh awal pagi memandangkan kedudukan…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2021/08/19/nasib-malang-menoreh-awal-pagi-4-ekor-kucing-jadi-peneman-tiba-tiba-lesap-bau-busuk-menusuk-hidung-rupa-rupanya-wajah-berulat