Nampak macam terbakar, siap berdarah… Pemuda rakam kelibat

BAGAI babak dalam filem seram.

Seorang pemuda berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya menerima ‘penumpang’ yang tidak diundang, baru-baru ini.

Kejadian misteri itu berlaku ketika dia memandu pada waktu malam, melalui sebuah jalan di Gua Musang, Kelantan.

Menerusi sekeping swafoto, kelihatan pemuda itu berada di bahagian depan dalam kereta berkenaan.

Di tempat duduk belakang pula terdapat satu entiti mengerikan, seolah-olah mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran.

Berwarna merah kehitaman, lembaga misteri itu kelihatan mempunyai sedikit rambut dan tubuh serta seluruh wajahnya dipenuhi dengan darah.

Foto makhluk misteri yang menjadi bualan hangat netizen.

Foto itu pada mulanya dikatakan dimuat naik dalam group WhatsApp sebuah keluarga namun turut tersebar di media sosial.

Perkongsian tular itu bagaimanapun dipadam daripada laman TikTok, namun masih boleh dilihat di platform Twitter dan Instagram.

Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa seram selepas mereka melihat perkongsian berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing dapat job hantar penumpang wanita ke kubur, ghaib sebaik tiba di lokasi… bayar tambang guna duit lama

Malah, sebilangan…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/05/11/nampak-macam-terbakar-siap-berdarah-pemuda-rakam-kelibat-lembaga-misteri-dalam-kereta-ramai-setuju-gua-musang-memang-keras

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemandu e-hailing dapat job hantar penumpang wanita ke

Related Posts