POKOK buluh yang tumbuh merimbun di hadapan halaman rumah Kak Saodah memang cantik apatah lagi apabila sinar matahari memancarkan cahaya padanya.
Batang buluhnya kelihatan cukup cantik dengan warna hijau menyala manakal daun-daun kekuningan membuatkan pokok itu menjadi penyeri rumah pemiliknya.
ARTIKEL BERKAITAN:Tak cukup tanah lari malam selepas kelibat hitam muncul depan mata… 5 sekawan pelik ‘tuan rumah’ asyik hilang setiap kali diganggu
Tetapi yang peliknya Kak Saodah cukup marah jika ada orang mengusik atau mendekati pokok buluh itu apatah lagi ditebang untuk diambil batangnya.
Jiran sebelah Kak Saodah, Kamariah sudah beberapa kali meminta wanita separuh abad itu mencantas pokok itu kerana ia terlalu besar sehingga daunnya banyak gugur di dalam kawasan rumahnya.
Paling penting, rimbunan daun pokok buluh itu turut menghalang penglihatan orang awam yang menggunakan jalan disebabkan daun pokoknya merimbun sehingga ke jalan raya.
Kelibat hitam dipercayai makhluk halus menjaga pokok buluh itu.
“Pernah sampai kami bergaduh kerana dia tetap enggan menebang pokok itu yang jelas menggangu dan membahayakan pengguna jalan raya.
“Dia tetap berkeras dan bagi mengelak…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/04/21/muntah-darah-bau-hanyir-angkara-pokok-buluh-remaja-nampak-entiti-hitam-bongkar-misteri-asap-kemenyan