SETIAP tempat di dunia ada adat serta kepercayaannya sendiri mengikut kaum mereka.
Walaupun mungkin ada yang beranggapan bahawa kepercayaan mereka amalkan itu pelik, kita mesti menghormati tradisi dan adat resam sesuatu kawasan itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Racun serangga pun tidak mampu bunuh lipas… Jom baca kekebalan serangga ini!
Disebabkan pantang larang yang wujud sejak zaman dahulu, penduduk sebuah kampung di Jawa Tengah, Indonesia dilarang menjual nasi.
Anehnya, jika ada penduduk di Desa Penimbun, Kebumen yang melanggar pantang larang, maka masyarakat setempat boleh ditimpa musibah.
Pengembara biasanya membawa barang keperluan sahaja dan mencari sumber hutan atau tempat persinggahan untuk makan.
Cerita ini bermula apabila suatu ketika dahulu, seorang pemgembara singgah di kampung itu dalam keadaan kebuluran.
Akibat kekurangan makanan pada ketika itu, semua penduduk tak mampu untuk hulurkan sebahagian makanan seperti nasi kepada pengembara itu.
Dengan penuh amarah, pengembara itu bersumpah sekiranya ada orang menjual nasi suatu hari nanti, malapetaka akan datang.
Justeru, peniaga makanan tidak menjual nasi di kedai mereka, sebaliknya memberi secara percuma kepada…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2021/10/30/misteri-penduduk-kampung-ini-dilarang-jual-nasi-jika-ingkar-malapetaka-bakal-menanti