Mengejutkan minyak pengasih laris di Facebook! Ramai guna

KISAH mengenai penggunaan minyak pengasih pernah dipertontonkan menerusi drama dan filem di negara kita.

Bukan sekadar lakonan, perbuatan yang menyimpang daripada ajaran Islam itu sememangnya wujud dan masih lagi diamalkan sehingga ke hari ini.

Jika dulu minyak pengasih boleh didapati daripada bomoh dan pengamal perubatan alternatif, hari ini ia dijual secara terbuka menerusi media sosial.

Semakan mStar mendapati sebuah akaun Facebook aktif menjalankan perniagaan minyak pengasih yang digunakan untuk mencari jodoh dan memuaskan nafsu serakah.

Antara gambar yang dikongsi menerusi Facebook itu.

“Minyak songsang, minyak Siam, minyak penaik nafsu dan pengasih perangsang yang ditempah telah dikirim hari ni. Semoga dipermudahkan hajat dan impian pemahar. Terima kasih,” tulis admin Facebook itu menerusi posting pada Jumaat.

Dalam posting berlainan, pemilik Facebook itu turut mempromosikan minyak dagu Orang Asli, pengasih batin, pemanis serta pelaris yang dipercayai digunakan untuk tujuan perniagaan.

Untuk minyak selet dagu Orang Asli misalnya, ia didakwa mampu mengikat ‘simpul mati’ hati pasangan, penggerun pasangan untuk curang, menjadi penyeri serta membuatkan kemahuan si…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/09/18/mengejutkan-minyak-pengasih-laris-di-facebook-ramai-guna-pikat-bakal-mentua-produk-untuk-gay-pun-dijual

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tok Ayah maut kena ilmu hitam! Anak murid terkejut kerap

Next Post

Penjaga loji cabut lari nampak 5 ekor ular ‘berbaris’,

Related Posts