Macam pontianak! Kecoh entiti berlegar-legar di Tambak Johor

KECOH di media sosial satu entiti berlegar-legar menggunakan Causeway (tambak) yang berusia 99 tahun yang menjadi laluan antara Malaysia dan Singapura.

Pelbagai persoalan timbul apabila dua gambar menunjukkan sosok seperti hantu itu menjadi tular selepas dirakam di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, Johor.

Dalam salah satu gambar, dapat dilihat kelibat entiti berwarna putih yang didakwa pontianak berambut panjang itu berdiri berhampiran kasau (bumbung) sambil memandang ke bawah di Sistem Kawalan Sempadan Automatik atau dikenali sebagai M-BIKE untuk Penunggang Motosikal Warganegara Malaysia.

Dalam gambar kedua, entiti itu kelihatan hanya berdiri di sebelah salah satu kaunter Imigresen Malaysia di dalam bangunan BSI.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata dia tidak pernah bertemu hantu sepanjang lawatan dan pemeriksaan berterusannya di BSI sebelum ini.

“Saya sudah agak kerap ke BSI. Setakat ini, saya tidak pernah melihat figura hantu berkeliaran di kawasan itu.

“Sekali pun ada hantu, operasi di BSI tidak terjejas dan agak lancar.

“Malah,…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/06/15/macam-pontianak-kecoh-entiti-berlegar-legar-di-tambak-johor-berusia-99-tahun-tak-ada-staf-buat-laporan

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kempunan durian kampung, pemuda demam panas ‘ditegur’

Next Post

Motor tiba-tiba berat, lembaga berbunjut di kepala

Related Posts