KISAH mengenai gangguan orang minyak hangat diperkatakan sekitar penghujung 1990-an dan awal tahun 2000.
Gara-gara kisah ini, ramai orang pada waktu itu hidup dalam keadaan berjaga-jaga dan ketakutan, khususnya kaum Hawa.
Menurut cakap-cakap penduduk kampung, orang minyak akan merogol beberapa gadis sebagai salah satu syarat untuk menuntut ilmu hitam.
Sejak khabar angin itu bertiup kencang, Shima mula risau memandangkan ibu bapanya perlu berangkat ke Jitra, Kedah, kerana kakaknya baru bersalin.
Justeru Shima terpaksa tinggal bersendirian di rumah selama seminggu dan dia hanya mampu berdoa tiada perkara buruk berlaku.
“Memang la takut duduk seorang diri, tapi aku kerja. Bukannya boleh cuti lama. Mak ayah aku cakap tak payah percaya la pasal orang minyak tu. Mengarut je,” ujar Shima ketika berborak dengan Yana di atas pangkin di depan rumahnya.
Ramai yang takut untuk tidur bersendirian di rumah. (Gambar Hiasan)
Selepas kedua ibu bapanya berangkat ke Jitra, Shima meneruskan rutin hariannya seperti biasa, namun dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan semua pintu dikunci setiap kali keluar bekerja.
Shima bekerja di sebuah bengkel kain batik di kampung sebelah,…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/05/25/lebih-20-tahun-berlalu-mangsa-rogol-orang-minyak-masih-tak-berani-balik-kampung-tak-lupa-tragedi-ditindih-dalam-gelap