KISAH mengenai minyak dagu banyak diperkatakan dalam masyarakat kita, malah ia turut diangkat menjadi karya filem seram di negara ini.
Terbaharu, pendakwah terkenal, Ustaz Fauzi Mustafa turut mencuri perhatian ramai apabila dia tampil bercerita panjang lebar mengenai proses penghasilan minyak dagu.
Dalam pendedahan yang menyeramkan itu, Fauzi berkata minyak tersebut diambil daripada dagu mangsa bunuh atau wanita yang meninggal dunia ketika melahirkan anak pertama.
“Minyak dagu ini tuan-tuan ialah minyak yang diambil daripada dagu orang yang telah mati. Nak tunggu orang mati dibunuh ataupun perempuan mati beranak sulung tu bukan hari-hari.
“Bayangkan pergi ke kubur tengah malam, nak buat apa? Nak korek kubur tersebut, lepas tu keluarkan mayat pula. Tengah-tengah malam, kemudian pasang api lilin. Tegakkan pula si mayat.
Proses mendapatkan minyak dagu dilakukan pada waktu malam, kata Fauzi.
“Kemudian letak kat dagu si mayat tadi tu, sampailah beberapa minit pecah kulit dagu, keluarlah minyak. Tak banyak pun. Satu, dua, tiga titis saja. Rumitnya,” ujarnya.
Tidak terhenti di situ, individu yang mahu mendapatkan minyak berkenaan kemudiannya perlu melakukan ritual pemujaan…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/01/24/korek-kubur-tengah-malam-tegakkan-mayat-demi-minyak-dagu-mangsa-calitan-kongsi-cerita-selepas-tonton-pendedahan-ustaz