BERBEZA dengan sumpahan Mahsuri yang bertahan selama 7 keturunan melibatkan penduduk Langkawi, namun sumpahan ikan tapah ini hanya dikenakan ke atas keturunan Pak Kaduk tetapi bersifat selama-lamanya.
Berlaku sejak zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah ibni Sultan Mansur Shah ketika tahun 1400-1500 dahulu di mana sukan menyabung ayam sangat popular dalam kalangan rakyat, bangsawan termasuk juga sultan.
ARTIKEL BERKAITAN: Percutian pasangan kekasih bertukar mimpi ngeri akibat perbuatan terkutuk… Benarkah sumpahan Bali target hubungan terlarang?
Pada ketika itu, ada seorang lelaki berketurunan raja bernama Pak Kaduk datang dari Siak, Sumatera belayar dari Selat Sungai Perak.
Dia telah membuat keputusan untuk menetap di Perak serta berkahwin dengan orang di sana.
Pak Kaduk merupakan seorang yang sangat handal dalam permainan menyabung ayam sehingga digeruni oleh penduduk kampung yang didiaminya.
Pak Kaduk terkenal dengan kisah mitos bermain sabung ayam.
Tewas Menyabung Ayam
Pada suatu hari, dia telah dicabar oleh sultan di mana jika Pak Kaduk kalah, dia terpaksa menyerahkan seluruh hartanya kepada sultan.
Tidak disangkal lagi ayam milik Pak Kaduk telah menang tetapi dia…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2021/12/02/kisah-ikan-tapah-bukan-sekadar-rekaan-sumpahan-keturunan-pak-kaduk-tiada-penghujung-penawarnya-hanya-satu