SEBAGAI pelajar kulinari di sebuah kolej di Shah Alam, Selangor, Azza (bukan nama sebenar) adakalanya terpaksa mengikuti kelas yang diadakan sehingga larut malam.
Pada suatu hari, ketika hari sudah lewat malam, dia bersama seorang lagi rakan sekelasnya, Syima berjalan kaki bersama untuk pulang ke kolej.
Sepanjang perjalanan 15 minit menuju ke kolej masing-masing, mereka berbual kosong bagi memecahkan kesunyian malam.
Kemudian, Syima menceritakan kisah seram di mana kolej yang dihuni Azza pernah mempunyai kes gangguan makhluk halus sebelum ini.
Menurut Syima, sebelum ini kecoh di kolej tersebut apabila kebanyakan pelajar perempuan kononnya diganggu oleh pocong hampir setiap malam.
Kerap menerima mimpi buruk antara petanda seseorang itu diganggu makhluk halus. -Gambar hiasan
“Awak baru lagi masuk kolej tu, jadi berhati-hati ya.
“Nanti dah balik kolej mandi dulu. Jangan terus tidur pula!” ujar Syima memberi pesanan ringkas.
Syima kemudian meninggalkan Azza dan pulang ke biliknya yang terletak di bangunan bersebelahan kolej penginapan Azza.
Sebagai seorang yang kurang percaya kewujudan makhluk halus, Azza tidak mengendahkan cerita Syima yang dianggap dongeng…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/11/02/jin-terpikat-dengan-pelajar-pertama-kali-jumpa-ketika-pulang-dari-kelas-malam-kemudian-sering-hadir-dalam-mimpi