Jelmaan ‘sahabat baik’ pulang ke asrama, tak banyak

CUTI sekolah selama seminggu sempena Aidilfitri sudahpun berakhir.

Ini bermakna, Aiza (bukan nama sebenar) harus pulang sehari awal memandangkan dia menginap di asrama.

Selepas waktu zohor pada hari terakhir cuti itu, Aiza bersama ibu bapa dan dua adiknya yang masih kecil bertolak dari rumah mereka di Maran, Pahang menuju ke sekolahnya, sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di negeri sama.

Selepas bersalaman dengan keluarganya, Aiza pun mengangkat beg menuju dorm yang dihuninya di tingkat tiga.

Ketika itu, suasana riuh dengan suara para penghuni asrama yang becok bercerita mengenai kisah raya masing-masing.

Aiza segera mempercepatkan langkah kerana dia juga tidak sabar mahu berkongsi cerita dengan sahabat baiknya, Mariam (bukan nama sebenar).

“Pasti Mariam dah sampai dorm… rumahnya tak sejauh rumah aku,” bisik hati kecil Aiza.

Sewaktu Aiza melangkah masuk ke dalam dorm, kelihatan susuk tubuh sahabat baiknya itu sedang sibuk mengemas pakaian di dalam almari.

“Assalamualaikum… hai, rindunya dekat kawan aku ni! Lama dah ke kau sampai Yam?” tanya Aiza sambil melabuhkan punggungnya di atas katil bersebelahan dengan katil Mariam.

Jelmaan Mariam ‘pulang’ ke…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/04/27/jelmaan-sahabat-baik-pulang-ke-asrama-tak-banyak-cakap-muncul-dalam-mimpi-berpakaian-putih-sambil-merenung-cetus-tanda-tanya

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemuda sesat selepas bunuh ular, tamak cantas semua daun

Next Post

Pemandu e-hailing dapat job hantar penumpang wanita ke

Related Posts