MUNGKIN ramai yang tidak mengambil serius tentang ‘roh’ yang dikatakan wujud dalam lagu rakyat Ulek Mayang.
Bagi seorang penari tradisional ini, dia rela diherdik rakan-rakan hanya kerana ketegasannya untuk tidak membenarkan lagu ‘berhantu’ itu dimainkan ketika sesi latihan.
Niat gadis berkenaan hanya satu, keselamatan mereka adalah yang utama.
“Sehari selepas kejadian itu, salah seorang rakan aku WhatsApp dalam pukul 1 pagi dan menyatakan dia memahami kenapa lagu tersebut tidak boleh dimainkan semasa latihan.
“Aku pun tanyalah, kenapa? Ada apa-apa jadi ke? Dia tak balas WhatsApp aku.
“Esoknya, rakan aku yang WhatsApp semalam tu tak datang kelas,” cerita gadis berkenaan memulakan bicara.
Kumpulan tari SUKTRA Terengganu membuat persembahan Ulek Mayang pada Jelajah Beautiful Terengganu 2017. -Gambar hiasan MUSTAFA AHMAD / The Star
Pada sebelah malam hari yang sama, latihan diadakan sekali lagi dan kesemua 12 ahli datang dengan memakai baju kemeja-T bersama seluar trek.
Bagaimanapun rakannya yang menghantar mesej pada awal pagi itu datang dengan berbaju kurung bersama bunga merah yang diselitkan di celah telinga.
Dia yang merasakan perkara aneh berlaku hanya mendiamkan…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/07/26/jangan-pasang-lagu-tu-gadis-kolej-dirasuk-roh-puteri-bunian-ulek-mayang-tiba-tiba-buka-langkah-tarian-lemah-gemalai