SUASANA suram ketika berkunjung ke hospital pada waktu malam pastinya membuatkan sesiapa sahaja membayangkan pelbagai kisah seram yang mungkin pernah berlaku di situ.
Jika tidak mengalami sendiri, pasti ada di antara kita yang pernah mendengar 1,001 kisah seram daripada pengalaman orang lain sekaligus membuatkan hospital cukup sinonim dengan perkara paranormal.
ARTIKEL BERKAITAN: Puas cari, wanita pelik entah dari mana jeritan si bulus… tiba-tiba bau busuk pula dalam bilik, mungkinkah sebab gangguan waktu senja
Seperti lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad Zairi, dia sendiri sudah banyak kali mendengar pelbagai kisah seram yang berlaku di hospital namun tidak pernah menyangka dia sendiri akan mengalaminya.
“Hospital adalah tempat paling jarang saya kunjungi malah kalau boleh ingin elakkan. Tetapi takdir telah menyebabkan saya dimasukkan ke hospital selepas mengalami kemalangan jalan raya.
“Kaki saya patah selain mengalami pendarahan kecil di kepala disebabkan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal,” katanya.
Menceritakan kejadian itu, Ahmad Zairi berkata, dia langsung tidak ingat tentang kejadian kemalangan itu mungkin disebabkan trauma akibat…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2021/12/30/hilang-ingatan-akibat-kemalangan-lelaki-nampak-lembaga-hitam-bermata-merah-meratah-kakinya-seram-saat–jururawat-kata-benda-tu-tak-ikut-balik