Gangguan jam 3 pagi Jumaat! Pelajar kolej bingung pintu

JAM menunjukkan pukul 3 pagi, tiba-tiba kedengaran ketukan kuat di pintu seolah-olah seseorang meminta ia dibuka dengan segera.

Pada awalnya, Khairinatul menyangkakan bunyi datang dari bilik bersebelahannya, tetapi semakin lama ketukan kedengaran kuat.

Menyangkakan rakan sebilik sudah pulang dari bercuti dan terlupa membawa kunci, pelajar semester tiga, sebuah universiti di utara tanah air yang terjaga dari tidur ini bergegas membuka selak dan memulas tombol agar pintu dapat dibuka.

Lagipun, rakan sebiliknya memang gemar mengetuk pintu dengan kuat seperti itu.

Dia kemudian kembali semula ke katil untuk sambung tidur.

Namun selepas beberapa ketika, dia mendapati tiada siapa yang melangkah masuk.

Khairinatul melihat jam di telefonnya yang menunjukkan pukul 3 pagi.

Dalam kesamaran gelap, dia mengamati koridor luar melalui celahan bawah pintu bagi memastikan sama ada rakan biliknya masih di luar atau tidak.

Secara logiknya, bentuk kaki manusia akan kelihatan jelas meskipun dari celahan pintu tersebut kerana bahagian luar diterangi lampu putih.

ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni asrama histeria, pocong ikut solat Maghrib! Pelajar menjerit,…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/11/20/gangguan-jam-3-pagi-jumaat-pelajar-kolej-bingung-pintu-diketuk-kuat-tapi-tiada-bayang-bunyi-alih-perabot-di-aras-paling-atas

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Peniaga terima parcel berdarah, bunjut kuning… Mula episod

Next Post

Badan kembung seperti belon, air bisa bau hanyir meleleh

Related Posts