MEMASUKI kediaman baharu pastinya merisaukan, ada kemungkinan bukan kita seorang sahaja ‘penghuni’ di dalam rumah itu.
Begitulah kisah yang dialami wanita ini apabila dia menjadi mangsa gangguan makhluk berbeza alam di sebuah rumah sewa di Sungai Petani, Kedah pada tahun 2004.
Menurut wanita itu yang dikenali sebagai Yan (bukan nama sebenar), segalanya bermula apabila dia terpaksa mencari rumah sewa kerana kediaman asal keluarganya sedang diubah suai.
Bunyi statik televisyen boleh menandakan kehadiran makhluk halus. -Gambar hiasan
“Sementara menunggu rumah mama dan abah aku siap sepenuhnya untuk renovation, kami terpaksa mencari rumah sewa selama enam bulan.
“Aku dengan kawan rapat aku, Sue, pergi mencari rumah sewa di kawasan taman perumahan kami. Tiba-tiba kami nampak ada satu rumah biru ni yang sangat cantik dan sepertinya kosong tidak berpenghuni.
“Rumah biru tu ada balkoni yang luas dan berbumbung. Aku macam cinta pandang pertama dengan rumah biru ni, aku pun beritahu mama dan abah tentang rumah tu apabila aku pulang malam tu.
ARTIKEL BERKAITAN: Budak hostel degil cuba bongkar misteri aras 3 asrama, akhirnya terus pindah sekolah – “Ada perkara lebih elok tak…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/08/31/gadis-tingkatan-3-terkencing-dalam-seluar-pengsan-depan-tv-disergah-penunggu-rumah-biru—makcik-ani-jiran-sebelah-senyum-je