BERADA pada zaman moden dengan kepesatan teknologi setiap hari tidak bermakna amalan syirik seperti sihir dan santau pupus dalam kalangan masyarakat.
Hakikatnya ia masih dilakukan segelintir individu yang tidak pernah puas dengan nikmat yang diterima selain dipenuhi perasaan hasad dengki.
Disebabkan itulah Ainie menderita dan terlantar sakit selama tiga bulan.
Paling menyedihkan apabila dalam tempoh tersebut, dia perlu melalui pelbagai jenis ujian yang tidak terjangkau dek akal fikiran.
Segalanya bermula apabila rumahnya tiba-tiba didatangi seekor kongkang yang dalam keadaan cedera dan dahi berlubang seolah-olah dipukul dengan objek seperti tukul.
Kongkang muncul di tingkap rumah pada waktu Maghrib. -Gambar TikTok Ainiey
“Binatang ni sampai di cermin tingkap pada waktu Maghrib. Keadaan yang berdarah membuatkan aku berasa kasihan dan ingin merawatnya.
“Meskipun waktu Maghrib, aku gagahkan diri untuk keluar rumah dan menghampiri kongkang itu… minyak angin dituang bagi mengurangkan kesan cedera yang dialami,” kata Ainie.
Adiknya pula membantu menangkap haiwan itu dan diletakkan di dalam sangkar supaya dapat dirawat.
Selepas melihat keadaannya sedikit baik, ia…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/07/27/gadis-derita-sakit-misteri-selepas-rawat-kongkang-berdarah-muncul-di-rumah-waktu-maghrib-tiba-tiba-perut-rasa-ditoreh-jari-dicucuk-jarum