SETIAP kali rancangan Akademi Fantasia Musim kelapan bersiaran, pasti Ellcha akan terpacak di rumah kakaknya.
Maklumlah, rumah kedua orang tuanya masih tiada Astro jadi dia terpaksa berjalan kaki ke rumah kakak yang terletak di belakang rumahnya sahaja.
“Selepas menonton, aku akan balik ke rumah seperti biasa. Semasa berjalan pulang, aku nampak selimut berwarna putih tersidai di ampaian jiran.
“Entah macam mana, tiba-tiba angin bertiup sangat kuat dan selimut yang tersidai bertukar menjadi jelmaan seperti pocong,” ujarnya.
Selimut putih yang dijemur merupakan barang yang digunakan arwah jiran. -Gambar hiasan
Disebabkan itu, Ellcha menggigil ketakutan.
Badannya terasa kaku sehingga tidak dapat bergerak.
Selepas ayat kursi dibaca sehingga habis, dia terus berlari laju pulang ke rumah.
ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit lumpuh nampak ‘benda’ pelbagai wajah turun dari siling hospital… Dengar suara menjerit ketika jururawat urus jenazah katil sebelah
“Pintu diketuk dengan kuat, aku hampir sahaja pengsan ketika menunggu abang membuka pintu.
“Dengan keadaan aku yang menggelabah, abang memandang pelik dan terkejut… aku pun beritahu ternampak pocong di rumah jiran.
“Mukanya…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/07/19/gadis-cerita-pengalaman-hijab-terbuka-entiti-wajah-hitam-muncul-selepas-angin-kuat-7-hari-disampuk-badi-orang-mati