HUBUNGAN cinta Nora dan Azrul mula berputik ketika mereka sama-sama meneruskan pengajian di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Utara tanah air.
Hubungan yang disulami dengan kasih sayang dan janji manis itu akhirnya memakan diri Nora Saddiq apabila dia menderita sakit misteri selepas menamatkan pengajiannya.
Selepas tujuh tahun berlalu, Nora bersedia berkongsi kisah sedihnya itu bersama mStar.
ARTIKEL BERKAITAN : Cicit lihat peristiwa pelik saat moyang nazak! Mata terbeliak, mulut ternganga… susah benar Oyang nak ‘pergi’
Menurut Nora, segala janji-janji manis Azrul kepadanya hanyalah sekadar mimpi indah memandangkan sebaik sahaja bekerjaya, dia memilih gadis lain untuk menjadi suri hidupnya.
Jelas Nora lagi, dia reda dengan ketentuan jodohnya, namun apa yang Azrul lakukan pada dirinya langsung tidak boleh dimaafkan.
Nora dan Azrul mula bercinta sejak menyambung pengajian di IPTA. Gambar hiasan.
“Memang mula-mula saya langsung tidak berminat untuk bercinta kerana ingin tumpukan perhatian dalam pengajian.
“Namun apabila setiap hari bersua muka, dia pandai mengambil hati dan sentiasa mengambil berat terhadap diri saya membuatkan saya menjadi cair….
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2020/04/16/calit-ubat-pengasih