BERKALI-KALI Suraya dan suaminya, Razali menafikan perasaan gerun yang menyelubungi diri setiap kali mereka melangkah masuk ke dalam rumah yang baru diduduki dua bulan lalu.
Paling menyeramkan apabila berada di dalam bilik tidur, terasa seperti tingkah laku diperhatikan dan kadang kala merinding bulu roma.
Suraya sekali lagi bertanyakan pada suaminya sama ada sudah ‘membersihkan’ rumah dengan betul atau tidak sebelum mereka sekeluarga berpindah masuk.
“Rasa seram kalau duduk di bilik… awak betul-betul ‘bersihkan’ rumah ke? Lagipun rumah ni pernah ditinggal kosong sebelum kita pindah masuk,” ajunya sambil menyelongkar almari pakaian.
Kacang hijau ditabur di setiap penjuru rumah. -Gambar hiasan
Tingkah lakunya yang pelik seolah-olah barang yang dicari tiba-tiba hilang membuatkan Razali terus duduk bersebelahan untuk membantu mencari.
“Eh! Kenapa duit yang saya simpan di sini tidak ada? Tak mungkin saya salah letak sebab memang kat sini saja saya simpan duit.
“Jumlah bukan sikit dan duit tu untuk kenduri tahlil arwah ibu nanti,” kata Suraya yang runsing.
Selepas habis semua beg yang ada di bilik itu diselongkar, Suraya terus pasrah kerana duit yang…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/07/05/duit-dalam-laci-hilang-kacang-hijau-bersepah-tiba-tiba-tersusun-suami-isteri-syak-angkara-toyol—mungkin-saya-gugur-pun-ada-kaitan