SUDAH hampir sebulan tidur Zuki tidak lena dan setiap kali terjaga pasti disebabkan terdengar bunyi seperti seseorang menyelongkar almarinya.
Apabila dia membuka lampu tidur di tepi katilnya, tiada pula sesiapa di dalam bilik namun dalam keadaan mamai Zuki tidak mengesyaki apa-apa.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia main tendang pintulah…” – Percutian sekeluarga bertukar ngeri, hanya sempat tidur semalam… Rupa-rupanya hotel penginapan tersenarai lokasi seram di PD
Sehinggalah pada suatu pagi, satu rumah menjadi kecoh apabila ibu mengadu barang kemasnya lesap. Usaha mencari barang kemas di semua sudut dalam rumah tidak berjaya.
Zuki memberitahu dia dan keluarga berasa pelik namun langsung tidak terfikir bahawa ia kerja-kerja benda halus yang menggangu keluarganya.
Toyol dipercayai gemar mencuri duit.
“Memang buntu mak saya cari rantai emas kesayangannya itu… Ia rantai pemberian ayah sebelum meninggal dunia.
“Sebab itu mak sedih sangat. Dia sentiasa menyimpan barang kemasnya dengan baik sebab itu kami pelik bagaimana ia boleh hilang,” katanya.
Bagaimanapun pada satu malam, Zuki tidur lewat kerana perlu menyiapkan tugasan yang hendak dihantar keesokan harinya. Ketika itu,…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2021/03/11/duit-anak-hilang-barang-kemas-ibu-pula-lesap-penghuni-rumah-terkejut-muncul-kelibat-budak-kecil